BBM3410-2021-MINGGU2
PENDEKATAN ANALISIS WACANA
PENDEKATAN
ANALISIS WACANA
(Normaliza
Abd Rahim, 2018)
Pra-Andaian |
Emosi |
Nilai dan Budaya |
Bahasa |
Inferens |
1.
Intuisi 2.
Konteks
·
Penerimaan/ penafian ·
Keperluan ·
Perujukan ·
Anafora ·
Pengulangan ·
Kekaburan ·
Penegasan
|
1.
Positif 2.
Negatif 3.
Emosi bercampur
·
Perangai ·
Personaliti ·
Mood ·
Motivasi
|
1.
Diri 2.
Masyarakat 3.
Adat
·
Jujur, ikhlas,
baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan ·
Berdikari,
berhemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan ·
Hormat-menghormati,
kerjasama, semangat bermasyarakat ·
Keadilan,
kebebasan, rasional
|
1.
Bahasa pertama/kedua/ketiga 2.
Formal/tidak
formal 3.
Kesalahan bahasa 4.
Linguistik |
1.
Rumusan keseluruhan
2.
Rumusan topik
perbincangan 3.
Penutup kata |
Emosi
Emosi merupakan salah satu elemen yang penting dalam interaksi sama ada lisan atau tidak lisan. Emosi yang berkaitan dengan jiwa ini mempengaruhi cara penyampaian maklumat sama ada disampaikan dengan baik atau tidak. Lazimya, emosi dapat dibahagikan kepada 3 jenis iaitu, positif, negatif dan emosi yang bercampur. Jika seseorang berada dibawah emosi negatif, maka penyampaian maklumat tidak dapat diterima dengan baik, dan juga sebaliknya jika positif. Emosi ini terlihat ketara dalam aspek personaliti, perangai, mood dan motivasi.
Nilai dan Budaya
Nilai dan budaya juga merupakan satu perlakuan dalam melakukan sesuatu interaksi. Nilai dan budaya baik yang ditunjukkan dapat memberi kesan postif terhadap diri atau orang sekeliling. Nilai dan budaya ini dapat dianalisis dari aspek diri, masyarakat, dan adat. Nilai dan budaya ini menerapkan pelbagai sifat murni seperti jujur, ikhlas, baik hati, berdikari, berkeberanian, hormat-menghormati, kerjasama, keadilan, kebebasa, rasional dan lain-lain lagi.
Bahasa
Aspek bahasa juga mempunyai peranannya yang tersendiri. Kesesuaian bahasa yang digunakan mengikut situasi amat penting untuk memastikan interaksi lebih berkesan. Umumnya, bahasa dapat dikategorikan kepada 4 aspek iaitu bahasa pertama/kedua/ketiga, bahasa formal/tidak formal, kesalahan bahasa dan linguistik.
Inferens
Inferens ialah kata penutup yang
terdiri daripada 3 aspek iaitu, rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan
dan penutup kata. Ketiga-tiga aspek ini (inferens) perlu diterangkan dengan
jelas supaya teks, isi, atau ujaran yang ingin disampaikan dapat diterima
dengan baik.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus
Comments
Post a Comment