BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2

 

CERITA SOSIAL 2: SAYA YANG ISTIMEWA                    NUR AIN NADHIRAH BT FADHLAN (201810)

 

 

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi, Penerbit UMT, Kuala Nerus

 

 

Alim mempunyai ahli keluarga yang sangat baik dan pemurah, termasuk ibu, bapa, abang Imran, kak Madinah dan Aisyah. Pada suatu hari Ahad, bapa Alim telah pergi ke pasar tani untuk membeli buah-buahan. Bapa membeli pelbagai buah-buahan kerana bapa tahu bahawa anak-anaknya sangat menyukai buah-buahan. Bapa membeli buah rambutan, buah durian, buah manggis, buah langsat, buah duku dan beberapa jenis buah lagi. Ini menunjukkan bahawa bapa mempunyai sifat kasih sayang terhadap anak-anaknya. Setibanya di rumah, bapa membawa kesemua buah-buahan tersebut ke dalam rumah. Imran yang melihat ayah bertanya di mana ayah membeli semua buah-buahan tersebut dan ayah pun menjawab pertanyaan tersebut dengan menyatakan di pasar tani. Tidak mengambil masa lama, ayah pun mengajak kesemua ahli keluarga untuk berkumpul dan makan bersama-sama. Ayah menyuruh Imran untuk memanggil ibu, Madinah, Alim dan Aisyah. Madinah yang mendengarkan itu terus melompat sambil menjerit kerana tidak sabar untuk makan buah-buahan tersebut. Aisyah pula berlari untuk mendapatkan buah kegemarannya, manggis yang masih tersedia di dalam plastik. Manakala, ibu pula mendapatkan bakul untuk membuang sisa kulit buah-buahan. Pesan ibu, sisa-sisa buah yang telah dimakan haruslah dibuang ke dalam bakul yang telah disediakan oleh ibu. Ibu melarang untuk membuang sampah merata-rata kerana akan menjadikan rumah kotor dan bersepah. Alim, abang Imran, kak Madinah, dan Aisyah pun menganggukkan kepala mereka tanda faham akan arahan ibu.

 

Dalam masa yang sama, ketika mereka menikmati kelazatan buah tersebut, Alim bertanya kepada ibu untuk memberikan sedikit buah kepada Sulaiman, iaitu kawan Alim. Alim mengatakan bahawa ibu dan bapa berpesan untuk belajar berkongsi dengan orang lain, kerana perbuatan berkongsi merupakan perbuatan yang baik. Jadi Alim ingin berkongsi makanan, iaitu buah dengan Sulaiman. Ibu pun memuji Alim dengan menyatakan bahawa Alim seorang anak yang baik. Ibu pun terus mengasingkan buah untuk Sulaiman ke dalam plastic berwarna merah. Lalu, ibu memberikan plastik tersebut kepada Alim untuk dikongsikan dengan Sulaiman.

 

Sulaiman yang ketika itu sedang menyiram pokok disapa oleh Alim. Sulaiman pun menerima buah tersebut dengan senyuman manis yang terukir di wajahnya. Alim pun berlari mendapatkan keluarga dengan gembira. Alim berasa germbira kerana dapat berkongsi dengan orang lain kerana abang Imran dan kak Madinah juga akan berkongsi sesama mereka. Setelah mereka selesai makan, Alim, abang Imran, dan kak Madinah membantu ibu dan bapa mengemas rumah yang tersisa buah-buahan yang bersepah. Alim membuang kulit buah-buahan ke tong sampah besar di luar rumah.

 

Secara tidak sengaja, Alim terserempak dengan Mak Cik Timah, yang merupakan ibu kepada Sulaiman. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana telah memberikan buah kepada Sulaiman tadi. Alim membalas ucapan terima kasih Mak Cik Timah dengan kata ‘sama-sama’. Alim berkata bahawa berkongsi adalah perbuatan yang baik. Mak Cik Timah seorang yang baik, Sulaiman dan Pak Cik juga merupakan seorang yang baik. Jadi, Alim haruslah berbuat baik juga. Itu yang diungkapkan oleh Alim yang telah dipesan oleh ibunya. Mak Cik Timah menekankan lagi dengan menyatakan Alim sememangnya anak yang baik dengan riak muka yang sedih kerana gembira Alim berbuat baik dengan Sulaiman sambil melambai tangan ke arah Alim yang mengayuh basikal untuk pulang ke rumah. Mak Cik Timah berdoa akan kesejahteraan keluarga Alim.




Comments

Popular posts from this blog

BBM3410-2021-MINGGU 3- BAHAN ASAS GRAFIK

BBM3410-2021-MINGGU4 5-NOTA FLATLAY

BBM3410-2021-MINGGU 5-NOTA TEORI ANALISIS WACANA (VANDIJK,1977)