BBM3410-2021-MINGGU2-NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

                    

ELEMEN ASAS GRAFIK

Elemen

Huraian

Mudah

 

Mudah ialah sesuatu gambaran yang mudah difahami maksudnya. Gambaran ini boleh terbentuk dalam bentuk foto atau video dan maksud gambaran itu ditunjukkan dengan jelas.

 

Warna

Warna merupakan komponen yang penting dalam grafik. Penggunaan warna dalam grafik dapat mempengaruhi sama ada grafik tersebut menarik atau tidak. Grafik yang baik adalah penggunaan warnanya tidak lebih dari 3. Sekiranya lebih daripada 3, maka grafik tersebut akan kelihatan serabut dan akan menjejaskan mesej yang ingin disampaikan.

 

Teks

Teks pula merujuk kepada tulisan atau font yang digunakan dalam foto atau video. Pemilihan font juga haruslah bersesuaian dengan grafik. Elemen warna dan teks saling berkaitan antara satu sama lain. Penggunaan warna font juga perlu diteliti agar teks tersebut dapat dilihat dengan jelas.

 

Kesesuaian

Kesesuaian pula merupakan grafik yang bersesuaian dengan latar tempat, latar masa, latar watak yang terdapat di dalam foto atau video. Latar belakang pada grafik mestilah bersesuaian mengikut latar tempat, masa dan watak.

 

Keseimbangan

Keseimbangan merujuk kepada ruang dalam sesebuah grafik dari atas dan bawah juga kiri dan kanan. Sesebuah grafik yang bagus haruslah mempunyai keseimbangan yang sama antara satu sama lain seperti ruang kosong.

 




                Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia Dalam Bahasa, Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410-2021-MINGGU 3- BAHAN ASAS GRAFIK

BBM3410-2021-MINGGU4 5-NOTA FLATLAY

BBM3410-2021-MINGGU 5-NOTA TEORI ANALISIS WACANA (VANDIJK,1977)