BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-KESEIMBANGAN (NISKALA)
ELEMEN ASAS GRAFIK: KESEIMBANGAN
1) Ketua Elemen Keseimbangan: Nurul Izzati binti Tu Azman (201812)
2) Penolong Elemen Keseimbangan: Fatin Fathihah binti Musa (203008)
Elemen: Keseimbangan
Tema: Elegan
Rujukan: https://i.pinimg.com/originals/77/48/d5/7748d5bb549719441cb2ec2c0b74963b.jpg
Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen keseimbangan. Elemen ini dapat dilihat
pada grafik dan juga teks yang terdapat pada gambar tersebut. Di ruang tengah,
terdapat gambar telefon bimbit yang seimbang dengan ruang atas dan bawah serta
ruang kiri dan kanan. Di ruang atas, terdapat tulisan di kiri dan kanan yang
seimbang dengan ruang di bawah yang mempunyai grafik gunung. Penggunaan teks dan grafik yang berada
ditengah-tengah grafik juga memberikan efek keseimbangan di dalam gambar tersebut.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Minuman
Rujukan: https://www.youtube.com/watch?v=APgCKRkbqN8
Huraian: Iklan yang dipamerkan
ini mempunyai keseimbangan ruang antara kiri dan kanan foto berdasarkan teks
yang ditulis. Hal ini dapat dilihat pada bahagian kiri ditulis penjelasan
bagaimana air Starbucks dapat mengeratkan hubungan. Manakala, di bahagian kanan
foto tersebut ditulis jenama air dengan warna yang gelap serta digabungkan
dengan warna yang lembut menjadikan bahagian ini seimbang dengan ruang kiri.
Ruang atas dan bawah juga seimbang dengan mempunyai jarak yang sama. Dengan
keseimbangan yang diterapkan dalam iklan ini menjadikan ianya dapat disampaikan
dengan baik kepada pembaca.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Kasut sukan
Rujukan:https://my.lovepik.com/image-450004203/shoes-sale-social-media-post.html
Huraian: Gambar ini menunjukkan
keseimbangan dari segi ruang atas dan bawah. Dalam gambar ini, ruang di tengah
terdapat kasut yang mengimbangi antara ruang atas dan bawah serta ruang kiri
dan kanan. Di ruang atas, pada penjuru kiri gambar terdapat logo dan teks di
bawah logo. Di ruang bawah pada penjuru kanan pula terdapat teks. Maka, teks di
ruang atas sebelah kiri seimbang dengan teks yang berada di ruang bawah sebelah
kanan. Pada ruang tengah pula, didapati
terdapat dua teks yang ditulis di atas sebelah kanan dan di bawah sebelah kiri
gambar. Maka, teks yang terdapat di ruang tengah itu seimbang dengan imej kasut
yang berada pada gambar tersebut.
Huraian: Elemen keseimbangan dalam grafik di atas
ditonjolkan melalui pembahagian warna, teks dan imej dibahagian kiri dan kanan
pada gambar tersebut. Penggunaan ton warna biru yang membahagikan dua bahagian
grafik dapat menimbulkan keseimbangan. Tambahan pula, bahagian kiri grafik yang
berwarna biru gelap sudah membawa penglihatan yang berat di ruang sebelah kiri,
namun ditambah teks ringkas berwarna putih dapat memberikan keseimbangan antara
kiri dan kanan. Begitu juga dengan grafik sebelah kanan yang menggunakan warna
biru terang untuk menampakkan penglihatan yang ringan, namun ditambah dengan
imej pemain squash yang besar dapat menunjukkan keseimbangan di ruang sebelah
kanan.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Makanan
Rujukan: https://www.kancilawards.com/winners/entry/2019/5681?hcb=1
Huraian: Elemen yang paling
menonjol di dalam foto tersebut ialah elemen keseimbangan. Ruang tengah di
dalam foto tersebut ialah gambar nugget membentuk piramid. Dengan adanya grafik
tersebut ditengah-tengah foto telah mewujudkan keseimbangan antara ruang atas
dan bawah foto tersebut. Manakala di ruang atas foto pula terdapat tulisan
“piramid ada di Malaysia” dan di ruang bawah sebelah kiri pula terdapat logo
jenama produk tersebut. Selain itu, di sebelah bawah kanan foto tersebut pula
terdapat logo halal JAKIM Malaysia. Maka, foto grafik tersebut akan kelihatan
seimbang kedudukannya antara ruang.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pemandangan
Rujukan: http://punapibali.com/info-wisata/resto-dengan-pemandangan-alam-sawah-terbaik-di-bali/
Huraian: Keseimbangan dalam grafik
tersebut merujuk kepada ruang yang terdapat dalam foto tersebut. Gambar
tersebut menunjukkan gambar sawah padi, pokok, gunung-ganang serta matahari.
Matahari, pokok dan gunung-ganang berada di ruang kiri seimbang dengan langit
dan sawah yang kelihatan terbentang luas di ruang kanan gambar. Di sebelah atas
gambar pula terdapat awan yang luas berwarna biru manakala di ruang bawah
terdapat sawah padi berwarna hijau yang terbentang luas. Maka, gambar awan akan
menjadi seimbang dengan adanya sawah padi di dalam foto tersebut.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Makanan
Rujukan: https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Ftopgambariklan.blogspot.com%2F2020%2F01%2F50-gambar-iklan-billboard-terbaik.html&psig=AOvVaw0i99tyqN5TkfCaie9AYTiE&ust=1617430695330000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCPjHiq313u8CFQAAAAAdAAAAABAD
Huraian: Kesemua ruang dalam foto adalah seimbang.
Grafik aiskrim berada di tengah-tengah ruang foto memberikan keseimbangan
kepada ruang kiri dan kanan gambar. Manakala, teks yang menghiasi ruang kiri
seimbang dengan teks di ruang kanan. Penggunaan ton warna coklat gelap dan
warna putih yang membahagikan kedua grafik juga memberikan keseimbangan.
Tambahan pula, ruang kiri gambar menggunakan tulisan dan grafik aiskrim yang
berwarna putih seimbang dengan ruang kanan yang menggunakan tulisan dan grafik
aiskrim yang berwarna coklat gelap.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Kasut Sukan
Rujukan: https://images.app.goo.gl/PwPviQB5xSe9XvkA9
Huraian: Elemen keseimbangan dapat dilihat pada grafik
yang diletakkan ditengah-tengah foto tersebut. Ruang di atas dan bawah serta
ruang di kiri dan kanan seimbang dengan kedudukan grafik. Ruang atas diletakkan
tulisan promosi jualan kasut dengan perkataan “Big sale offer” seimbang
dengan ruang bawah yang diletakkan imej tiga bulatan. Tambahan pula, penggunaan
warna di bahagian tertentu memberi keseimbangan untuk keseluruhan gambar.
Elemen:
Keseimbangan
Tema: Pengiklanan
Rujukan: https://www.circleone.in/personalized-banners/
Huraian: Gambar di atas
menunjukkan adanya elemen keseimbangan antara tulisan dan imej. Ruang sebelah
kiri gambar dipenuhi dengan tulisan yang seimbang dengan imej buku, sebekas
pensel dan juga jam yang berada di sebelah kanan gambar. Maka, kedua-dua ruang
iaitu kiri dan kanan menunjukkan keseimbangan. Penggunaan warna, saiz dan jenis
font pada ruang kiri juga dapat mengimbangi ruang itu dengan ruang di sebelah
kiri gambar.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Kaca Mata Berjenama
Rujukan:https://www.dailybillboardblog.com/2013/04/prada-spring-2013-eyewear-and.html?m=1
Huraian: Elemen keseimbangan dapat dilihat apabila terdapat dua imej yang sama besar diletakkan di ruang kiri dan kanan papan tanda tersebut. Di ruang tengah diletakkan jenama kaca mata tersebut dengan perkataan “eyewear” di bawahnya. Selain itu, warna putih yang digunakan di antara kedua imej tersebut dijadikan sebagai pemisah untuk menampakkan lagi keseimbangan yang ada pada papan tanda tersebut.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Semangat
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar di atas mengandungi elemen keseimbangan
ruang. Kedudukan grafik yang berada ditengah-tengah gambar seimbang dengan
ruang di atas dan bawah serta ruang di kiri dan kanan. Kedudukan teks yang
diletakkan pula seimbang di kiri dan kanan ruang gambar. Ianya membuatkan
grafik tersebut menjadi seimbang.
Elemen: Keseimbangan
Elemen: Keseimbangan
Tema: Alam Sekitar
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar ini menunjukkan keseimbangan pada ruang
di kiri dan kanan. Ruang di sebelah kiri gambar terdapat enam batang pokok
besar yang seimbang dengan sebuah astaka seni dan empat batang pokok besar di
sebelah kanan gambar. Maka, enam batang pokok besar seimbang dengan sebuah
astaka seni dan empat batang pokok. Terdapat jalan di ruang tengah gambar yang
mengimbangi ruang sebelah kiri dan kanan gambar tersebut. Tambahan pula, warna
bagi kedua-dua ruang ini ialah berwarna hijau menjadikan gambar itu lebih
seimbang.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Alam Sekitar
Rujukan: Sendiri
Huraian: Bahagian kiri dan kanan grafik ini adalah seimbang dari segi pengisian ruang dan warna yangsama. Pada bahagian tengah pula, ruang putih dapat dianggap sebagai pemisah ruang antara kiri dan kanan yang menampakkan keseimbangan grafik tersebut. Tambahan pula, pada bahagian atas grafik yang menunjukkan imej langit tidak seimbang dengan bahagian bawah yang menunjukkan imej jalan berbatu, namun ianya diseimbangkan dari aspek warna putih dan biru terang. Keseluruhannya, grafik boleh dikatakan seimbang dari segi ruang dan warna yang menimbulkan perasaan ketenangan dan kedamaian.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Kehidupan
Rujukan: Sendiri
Huraian: Elemen yang paling
menonjol di dalam foto tersebut ialah keseimbangan. Ruang di sebelah kiri dan
kanan gambar terdapat pokok besar. Di ruang atas foto tersebut terdapat
matahari, awan dan gunung. Manakala di tengah-tengah foto tersebut terdapat
gambar seseorang kanak-kanak sedang berdiri menghadap laut dan di sebelah bawah
kiri dan kanan foto terdapat tulisan “realiti kehidupan”. Maka ruang di atas
dan di bawah foto akan kelihatan seimbang kerana grafik tersebut berada di tengah-tengah
antara ruang kanan dan kiri gambar tersebut.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Aktiviti Riadah
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar
ini kelihatan seimbang kerana ruang diantara bahagian kiri, kanan, atas dan
bawah adalah seimbang di antara satu sama lain. Pencahayaan juga membawa
keseimbangan dari aspek gelap dan cerahnya sesuatu bahagian yang terdapat dalam
foto di atas. Hal ini dikatakan seimbang dimana objek iaitu orang dan kuda
berada pada kedudukan selari dengan kandang di tepinya.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Ketenangan
Rujukan: Sendiri
Huraian: Foto di atas menunjukkan seorang gadis yang
berada di tengah-tengah ruang. Kedudukan seorang gadis di ruang tengah seimbang
dengan ruang di kiri dan kanan. Ruang di atas dan bawah juga mempunyai keseimbangan
kerana penggunaan ton warna yang berlainan. Ruang atas berwarna putih dan
mempunyai tulisan berwarna hitam seimbang dengan ruang bawah yang bewarna
coklat dan kelabu. Jelaslah bahawa foto ini mempunyai keseimbangan yang sama
rata kerana subjek (gadis tersebut) berada di tengah-tengah ruang antara langit
dan lautan.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pemandangan
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar di atas
memperlihatkan unsur keseimbangan kerana objek (orang) berada di tengah-tengah
ruang foto. Font tulisan yang digunakan juga seimbang dengan ruang di kiri dan
kanan. Ruang atas terdapat langit yang berwarna biru gelap dan matahari
manakala ruang bawah pula terdapat pasir berwarna coklat. Maka, langit dan
matahari seimbang dengan pasir berwarna coklat di dalam gambar tersebut.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pemandangan
Rujukan:
Sendiri
Huraian: Gambar ini menunjukkan
berlakunya keseimbangan antara ruang. Keseimbangan dapat dilihat apabila ruang
kiri dan kanan gambar dipenuhi dengan pokok. Ruang atas gambar pula terdapat
langit berwarna biru manakala ruang bawah pula terdapat jalan yang lurus. Maka,
langit akan seimbang dengan jalan yang lurus di dalam gambar tersebut. Objek yang berada di
ruang tengah juga menunjukkan keseimbangan antara ruang di atas dan bawah serta ruang di kiri dan kanan gambar.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Minuman
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar di atas memperlihatkan unsur keseimbangan antara ruang kerana objek pada gambar tersebut berada di tengah-tengah ruang. Ruang di atas dan bawah seimbang dengan ruang di kiri dan kanan. Teknik ini dapat membantu menonjolkan objek yang ingin dipaparkan. Dengan cara ini, seseorang akan mengetahui bahawa mesej yang ingin disampaikan melalui gambar ini adalah tentang minuman tersebut.
Comments
Post a Comment