BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-TEKS (NISKALA)
ELEMEN ASAS GRAFIK: TEKS
1) Ketua Elemen Teks: Nurul Aida binti Ahmad Zaini (203304)
2) Penolong Elemen Teks: Nurmadihah Asma binti Saberi (203927)
Elemen:
Teks
Tema:
Filem
Huraian:
Foto diatas disertai dengan teks “Netflix is a Joke”. Font yang digunakan besar
untuk mudah dilihat dari jauh. Warna pada teks juga sangat jelas dan timbul
pada latar belakang yang berwarna putih. Jenis font juga merupakan font yang
biasa dan ringkas.
Elemen:
Teks
Tema:
Kesihatan
Rujukan:https://fotolumayan.wordpress.com/tag/papan-iklan/
Huraian:
Iklan makanan kesihatan yang mempunyai teks “Ibu mana yang tak sayang anak” dan
“Appeton” merujuk kepada jenama produk tersebut dan peringatan supaya ibu bapa
menjaga kesihatan anak. Font yang digunakan ditulis dengan besar dan
menarik. Menyebabkan pengguna yang melihatnya akan berminat untuk membelinya.
Elemen: Teks
Tema: Promosi
Rujukan:https://www.nookmag.com/tuesday-is-now-the-best-day-of-the-week-with-kfc-chicken-tuesday/
Huraian: Teks yang digunakan dalam gambar ini sangat
jelas dan mudah difahami. Tulisan yang jelas ini dapat difahami bahawa adanya
promosi pada hari selasa sahaja. Saiz font yang digunakan tidak terlalu besar
dan tidak terlalu kecil menyebabkan senang untuk dibaca. Warna font yang sesuai
juga telah mempengaruhi gambar tersebuat dan ia menjadi tarikan untuk orang
membeli.
Elemen: Teks
Tema: Makanan Western
Rujukan:
https://burkhartmarketing.com/outdoor-advertising-go-for-the-big-impact/
Huraian: Gambar tersebut memainkan peranan
sebagai elemen teks. Hal ini kerana objek Pizza tersebut hilang dalam bentuk
segi empat atau dalam bahasa inggeris iaitu square. Billboard diatas menekankan
teks dengan mewarnakan warna putih sebagai highlight kepada objek pizza
tersebut. Font yang digunakan sangat mudah difahami dan bersesuaian kerana
apabila seseorang melihat iklan tersebut, pelanggan akan memahami maksud gambar
tersebut yang menerangkan lokasi kedai tersebut.
Elemen:
Teks
Tema:
Jenis kenderaan
Rujukan:
https://sinergimedia.co.id/jasa-billboard-bekasi/
Huraian:
Jenis dan saiz font yang digunakan dalam gambar ini jelas dan mudah
difahami. Kandungan dalam teks ini dilihat dapat memberi pemahaman terhadap
gambar. Imej kereta yang disertai dengan teks “The Porshe 911 Carrera”
memberikan pemahaman bahawa mesej dan kandungan teks itu mengenai kereta.
Tambahan pula, teks “More than fast. Ahead of its time” menggunakan
jenis dan saiz font yang menarik perhatian pengguna untuk membelinya.
Elemen:
Teks
Tema:
Amaran
Rujukan:https://www.bharian.com.my/galeri/2015/09/80346/ujian-pencapaian-sekolah-rendah-upsr-2015
Huraian:
Elemen asas grafik teks ialah elemen yang sangat penting dalam sesebuah grafik.
Hal ini adalah bagi menyampaikan mesej tersebut dengan baik. Dalam gambar
tersebut mempunyai teks yang terletak bahagian tengah gambar. Saiz dan jenis
tulisan yang digunakan dalam gambar tersebut juga adalah mudah dilihat dan
dibaca. Warna tulisan yang digunakan juga memainkan peranan yang sangat penting
bagi menjadikan gambar tersebut lebih menarik.
Elemen:
Teks
Tema:
Semangat
Rujukan:
https://pin.it/2aLT3xm
Huraian:
Teks yang digunakan dalam grafik diatas adalah jelas dan besar bagi memudahkan
audien memahami teks tersebut. Teks yang ringkas tetapi mendominasi grafik
disamping objek orang berbasikal disamping teks memberi makna tentang semangat
dalam sukan berbasikal. Penggunaan warna dan fonts amat sesuai kerana hanya
menggunakan tiga warna sahaja dan fonts yang ringkas dan besar. Hal ini akan
memberikan kesenangan dan kemudahan kepada mata audien untuk melihat mesej yang
hendak disampaikan.
Elemen:
Teks
Tema:
Virus Korona
Rujukan:https://www.vecteezy.com/vector-art/834950-stop-coronavirus-covid-19-poster
Huraian:
Berdasarkan poster di atas, kita dapat lihat bahawa teks yang digunakan
bersesuaian dengan gambar yang dipaparkan. Saiz font yang besar digunakan
pada perkataan stop bagi menekankan mesej yang ingin disampaikan kepada
orang ramai melalui poster ini serta membantu orang untuk terus memahami mesej
yang ingin disampaikan.
Elemen:
Teks
Tema:
Keselamatan
Rujukan:
https://www.bjaya.com.my/jkr-signboard/1/103/608
Huraian:
Gambar diatas menunjukkan elemen teks. Elemen teks yang disatukan dengan gambar
yang sesuai mampu memeberi makluman kepada pengguna. Elemen teks sesuai digunakan
sebagai papan tanda dalam pebinaan jalan kerana penggunaan font yang jelas dan
sesuai mampu memberi amaran yang berkesan kepada pengguna.
Elemen:
Teks
Tema:
Percutian
Rujukan:
https://images.app.goo.gl/9LKygunHQDVw2Nh29
Huraian:
Berdasarkan iklan atas, kita dapat lihat bahawa teks yang digunakan bersesuaian
dengan gambar yang dipaparkan. Saiz font yang besar digunakan pada
perkataan "Percutian dan Umrah Bersama KOPETRO TRAVEL" bagi
menekankan mesej yang ingin disampaikan kepada orang ramai melalui poster ini
serta membantu orang untuk terus memahami mesej yang ingin disampaikan tentang
pakej percutian dan umarah bersama KOPETRO TRAVEL.
Elemen:
Teks
Tema:
Aktiviti Lasak
Rujukan:
Sendiri
Huraian:
Gambar di atas memperlihatkan penggunaan jenis font yang sesuai dan
jelas. Saiz font yang digunakan juga tidak terlalu kecil dan tidak
terlalu besar supaya mesej yang ingin disampaikan dapat dilihat dengan mudah.
Warna yang diaplikasi pada font juga sesuai dan mudah dilihat.
Elemen:
Teks
Tema:
Persahabatan
Rujukan:
Sendiri
Huraian:
Grafik ini didominasi oleh teks pada bahagian tengah atas imej. Teks tersebut
disampaikan dalam bentuk pantun yang mempunyai pembayang dan maksudnya. Warna
teks juga memainkan peranan bagi menonjolkan lagi mesej atau makna dengan
menggunakan warna biru gelap. Disamping itu, terdapat juga bentuk kotak
berwarna putih yang menonjolkan lagi maksud pantun.
Elemen:
Teks
Tema:
Alam sekitar
Rujukan:
sendiri
Huraian:
Gambar di atas mengandungi elemen teks yang bersesuaian dengan gambar. Teks
tersebut menggunakan jenis dan saiz font yang sesuai. Teks tersebut juga
menjelaskan tentang alam sekitar yang bersih dan damai tersebut agar terus
dipelihara oleh manusia. Jadi penggunaan teks tersebut mampu menyampaikan mesej
tersebut dengan baik.
Elemen:
Teks
Tema:
Alam Semula Jadi
Rujukan:
Sendiri
Huraian:
Berdasarkan gambar yang dipamerkan di atas ianya mempunyai elemen asas grafik
teks. Pada gambar tersebut, warna tulisan yang digunakan adalah sangat terang
dan mudah untuk dilihat. Saiz dan jenis tulisan juga sangat cantik dan ia
sesuai dengan gambar tersebut. Teks tersebut menceritakan tentang persamaan
manusia dengan ombak laut. Dengan melihat dan membaca teks tersebut kita dapat
memahami mesej yang hendak disampaikan.
Elemen:
Teks
Tema:
Produk kecantikkan
Rujukan:
Sendiri
Huraian:
Gambar di atas memperlihatkan penggunaan jenis font yang sesuai dan
jelas. Saiz font yang digunakan sangat jelas untuk merujuk kepada ikon
bulu mata daripada Tiara Lashes. Mesej yang ingin disampaikan dapat dilihat
dengan mudah. Warna yang diaplikasi pada font juga sesuai dengan rupa
bentuk iklan yang dihasilkan.
Elemen:
Teks
Tema:
Makanan
Rujukan:
Sendiri
Huraian:
Gambar di atas ditulis dengan menggunakan jenis font dan saiz yang
berlainan. Perbezaan ini bertujuan untuk membezakan antara jenama dan jenis
produk. Teks “BlueKey” pada gambar menunjukkan jenama produk berkenaan.
Teks “FLOUR” ditulis dengan saiz font yang lebih besar memberi
pemahaman terhadap gambar iaitu mesej sebenar yang ingin disampaikan pada
gambar tersebut.
Elemen: Teks
Tema: Makanan
Rujukan: Sendiri
Huraian: Dalam gambar ini terdapat pelbagai jenis font
dan saiz font yang berbeza. Kandungan teks juga dapat memperlihat mesej
yang ingin disampaikan. Warna font yang digunakan juga sesuai dan dapat
menarik sesiapa untuk merasai makanan tersebut. Teks “sweet and spicy” dapat
difahami bahawa makanan tersebut berperisa manis dan pedas.
Elemen:
Teks
Tema:
Kasih Sayang
Rujukan:
Sendiri
Huraian:
Foto di atas menonjolkan elemen Teks. Teks “Amanah Allah” telah disertakan
sekali di dalam foto tersebut untuk menyampaikan mesej kepada pembaca. Oleh itu
teks yang telah digunakan di dalam foto tersebut menggunakan jenis font
yang menarik dan saiz yang besar. Hal ini kerana untuk memudahkan pembaca
membacanya dan mesej yang ingin disampaikan dapat mudah untuk difahami.
Elemen: Teks
Tema: Alam Sekitar
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar tersebut memainkan peranan sebagai elemen teks. Hal ini
kerana teks tersebut bersesuaian dengan latarbelakang atau situasi yang
terdapat dalam foto tersebut. Hal ini kerana manusia sebagai objek manakala
latarbelakangnya dihiasi dengan kehijauan hutan yang bersesuaian dengan teks
tersebut. hutan merupakan tempat yang patut dilindungi oleh manusia kerana
menyimpan kepelbagaian flora dan fauna yang masih belum dijumpai lagi. .
Elemen:
Teks
Tema:
Alam semula jadi
Rujukan:
Sendiri
Huraian:
Tulisan atau teks yang digunakan dapat dilihat dengan jelas. Foto ini disertai
dengan teks “Ketenangan hati berawal dari prasangka yang baik”. Pemilihan warna
font sesuai dengan latar belakang langit yang berwarna biru muda. Saiz font
dan jenis font juga sesuai dengan foto.
Comments
Post a Comment