BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-WARNA (NISKALA)
ELEMEN ASAS GRAFIK: WARNA
1) Ketua Elemen Warna: Intan Nur Azriena binti Siful Yazani @ Saiful Yazan (203966)
2) Penolong Elemen Warna: Nurul Tasnim binti Zakaria (204115)
Elemen: Warna
Tema: Pengiklanan
Rujukan:
https://pin.it/VzZnlBR
Huraian: Merujuk imej
diatas, penggunaan warna hangat dan sejuk telah menyebabkan timbulnya kontras
warna. Warna panas yang digunakan seperti warna hitam (pada gelas), dan koko gelap
(pada biji kopi dan latar sebelah kanan) yang digandingkan dengan warna sejuk
seperti putih (pada buih kopi, wap panas dan teks). Tambahan pula, terdapat
warna panas kuning yang merujuk kepada logo syarikat makanan ringan tersebut
iaitu Mc Donald disamping
mengaplikasikan penggunaan tona warna koko. Kombinasi warna yang diterapkan
dalam imej diatas jelas menampakkan kejelasan visual dan dapat menarik mata
audien.
Elemen: Warna
Tema: Pengiklanan
Rujukan:
https://images.app.goo.gl/7xYDGwmvfHj8o51NA
Huraian: Gambar di atas
memenuhi elemen warna kerana majoriti kombinasi warna yang digunakan adalah
koko dan putih bagi melambangkan produk tersebut (Aiskrim Sunday). Warna pada fonts yang digunakan juga sama seperti dalam
imej yang dipaparkan dan kelihatan menonjol membuatkan mesej yang ingin
disampaikan itu lebih menyerlah tentang aiskrim Sunday.
Elemen: Warna
Tema: Fesyen
Rujukan:
https://www.google.com/search?q=billboard+sabella&sxsrf=ALeKk020_9VjD61c8HUExSV5T-L50o4s6A:1617262249811&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwjkh6Kvw9zvAhWDwjgGHR-kCg0Q_AUoAXoECAEQAw&biw=1280&bih=610#imgrc=S4JmeQ3deYZYoM
Huraian: Gambar di atas
menunjukkan elemen warna. Warna merah yang mendominasi grafik tersebut dapat
menarik perhatian pengguna. Hal ini dikatakan demikian kerana, mengikut
psikologi warna merah merupakan warna yang memberi kesan kekuatan, semangat dan
tanda peringatan. Dengan sekali imbas sahaja, warna merah ini boleh mendapat
perhatian dengan mudah.
Elemen: Warna
Tema: Minuman
Rujukan: https://www.aking.com.my/signage
Huraian: Gambar di atas
mempunyai elemen asas grafik warna yang telah diterapkan. Hal ini kerana
kombinasi warna yang telah digunakan tidak melebihi tiga warna. Oleh itu, mesej
yang hendak disampaikan melalui gambar tersebut dapat disampaikan dengan baik.
Latar gambar diletakkan warna biru melambangkan jenama air tersebut iaitu Blue Moon manakala warna pada tulisan
yang digunakan ialah berwarna putih. Ini telah menjadikan gambar tersebut lebih
menarik.
Elemen: Warna
Tema: Makanan
Rujukan:
https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Frepository.telkomuniversity.ac.id%2Fpustaka%2Ffiles%2F18375%2Fresume%2Fanalisis-perbedaan-aktivitas-promosi-iklan-kfc-dan-mcdonalds.pdf&psig=AOvVaw2I2w6Hc6G3BLLFvNDOmVaJ&ust=1617429809632000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCPDGuoby3u8CFQAAAAAdAAAAABAD
Huraian: Papan iklan
diatas menggunakan tiga gabungan warna yang baik. Terdapat warna merah yang
merupakan warna latar papan tanda tersebut dan menggunakan warna putih dan
hitam. Warna hitam dan putih tersebut dapat dilihat dengan jelas. Pemilihan
warna juga bertepatan dengan logo restoran tersebut iaitu Kentucky Fried Chicken (KFC).
Elemen: Warna
Tema: Minuman Berkhasiat
Rujukan:
https://thepresident.my/tak-tahu-nak-buat-iklan-kat-mana-tengok-4-tanda-tanda-ni/
Huraian: Gambar di atas memenuhi elemen warna kerana majoriti kombinasi warna yang digunakan adalah hijau dan putih bagi melambangkan produk tersebut (MILO). Warna putih pada fonts yang digunakan juga berjaya membuatkan perkataan “GREAT TASTE” itu kelihatan menonjol dan tentunya menyerlahkan lagi mesej yang ingin disampaikan iaitu air milo mempunyai rasa yang sedap.
Elemen: Warna
Tema: Makanan Segera
Rujukan: http://cisdel.com/2011/10/31/contoh-iklan-makanan-yang-sangat-cool-dan-menyelerakan/
Huraian: Warna yang
terdapat dalam gambar makanan segera tersebut mempunyai kombinasi warna yang
menyerlah iaitu warna merah, kuning dan putih. Gambar tersebut mempunyai warna
yang mencakupi warna asas grafik kerana tidak melebihi tiga warna yang
menyerlah. Namun begitu, warna hijau dan oren yang wujud tidak menjejaskan
elemen warna kerana warna memainkan peranan mengikut mesej yang disampaikan
untuk menarik minat pelanggan.
Elemen: Warna
Tema: Pengiklanan Animasi
Rujukan:
https://www.pinterest.com/pin/376965431314424880/?hcb=1
Huraian: Warna merupakan
elemen yang paling menonjol di dalam gambar di atas. Foto tersebut mempunyai animasi berwarna
kuning dan berlatarbelakangkan warna jingga. Terdapat juga warna putih
digunakan. Foto ini menjadi menarik apabila seseorang melihatnya kerana
mempunyai tiga warna yang menyerlah.
Elemen: Warna
Tema: Iklan movie
Rujukan:
https://www.pinterest.com/pin/376965431307204753/
Huraian: Kombinasi yang
digunakan dalam gambar ini sangat sesuai. Gambar diatas mempunyai latar yang
berwarna hitam dan putih. Ini jelas menunjukkan bahawa ia tidak melebihi tiga
warna. Gambar ini menjadi menarik kerana mempunyai warna yang menyerlah dan
sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan.
Elemen: Warna
Tema: Minuman
Rujukan:
https://forum-anarkid.blogspot.com/2019/01/contoh-iklan-minuman.html?m=1
Huraian: Gambar ini mempunyai
kombinasi warna yang lebih daripada tiga warna. Walau bagaimanapun, warna-warna
yang digunakan dalam gambar ini adalah bertujuan untuk menyampaikan mesej.
Gambar ini memaparkan imej botol minuman berwarna hijau dan oren yang
dimasukkan ke dalam air yang juga berwarna kehijauan. Terdapat juga warna merah
pada tulisan di botol minuman. Gambar ini menarik kerana mempunyai warna yang
menyerlah dan memfokuskan kepada kesegaran air minuman itu.
Elemen: Warna
Tema: Makanan
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar di atas
menonjolkan kombinasi tiga warna iaitu hitam, coklat keemasan dan putih. Warna
yang digunakan berjaya menaikkan foto ayam tersebut yang sememangnya tarikan
utama di dalam gambar itu. Font berwarna putih yang dipilih dalam gambar tersebut
juga menimbulkan warna pada ayat “juicy
in every bites” menyebabkan ia kelihatan sempurna.
Elemen: Warna
Tema: Kehidupan
Rujukan: Sendiri
Huraian: Berdasarkan imej
diatas, penggunaan elemen warna neutral dapat mempengaruhi cara pandang dan
mengubah citarasa audien terhadap imej tersebut. Hal ini kerana, warna neutral
hitam dan putih telah mendominasi imej. Disamping itu, terdapat juga warna
kroma campuran dua warna penggenap iaitu warna khaki koko yang menjadi warna
ketiga dalam imej. Warna putih dapat melahirkan kedamaian, kesucian dan
ketenangan disamping diimbangi dengan warna hitam dan khaki koko yang
menimbulkan kekemasan dan kekuatan imej tersebut.
Elemen: Warna
Tema: Kasih sayang
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar di atas
menunjukkan elemen warna. Warna yang digunakan dalam grafik itu dominan warna
hijau. Ini dapat memberikan impak ketenangan kepada gambar tersebut yang mana
mampu menyampaikan mesej kepada golongan yang sering mendera anak agar menjadi
tenang dan lebih menyayangi anak mereka. Warna yang digunakan pada font juga
kelihatan sesuai dengan gambar yang dipaparkan.
Elemen: Warna
Tema: Hadiah
Rujukan: Sendiri
Huraian: Berdasarkan
gambar di atas telah diterapkan elemen asas grafik warna yang sangat menyerlah
dalam gambar tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana kombinasi warna yang
sangat menarik telah digunakan dalam gambar itu. Kombinasi warna yang telah
digunakan juga tidak terlalu banyak dan padat. Dengan adanya kombinasi warna
tersebut telah menjadikan intipati dalam gambar tersebut dapat disampaikan
dengan baik.
Elemen: Warna
Tema: Minuman
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar di atas
mencukupi warna asas grafik kerana ianya menonjolkan kombinasi tiga warna iaitu
koko, oren dan putih. Warna yang digunakan berjaya menaikkan foto minuman kopi
premiun latte tersebut yang sememangnya tarikan utama di dalam gambar itu. Font
berwarna putih yang dipilih turut menimbulkan warna pada ayat kopi premium.
Warna-warna yang digunakan itu kelihatan sempurna dan sesuai dengan gambar
minuman di atas.
Elemen: Warna
Tema: Pemandanga Waktu
Malam
Rujukan: Sendiri
Huraian: Warna yang
terdapat dalam gambar tersebut mencukupi warna asas grafik kerana tidak
melebihi daripada tiga warna. Foto diatas hanya mempunyai warna yang gelap dan
warna yang cerah iaitu warna hitam dan warna putih yang wujud daripada cahaya
lampu. Warna cerah di atas menyerlahkan lagi latar yang gelap kerana cahaya
lampu tersebut memfokuskan masjid dan bangunan-bangunan di sekeliling masjid
itu.
Elemen: Warna
Tema: Kenderaan
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Gambar ini mengandungi
elemen warna iaitu kombinasi warna merah, putih dan coklat. Gambar sebuah
kereta yang berwarna merah dan disertai dengan dinding dan tingkap yang
berwarna putih dan coklat. Foto ini jelas menarik kerana mempunyai tiga warna
yang menyerlah dan memfokuskan kepada kereta, dinding dan tingkap.
Elemen: Warna
Tema: Pemandangan
Rujukan: Sendiri
Huraian: Dalam gambar ini
terdapat kombinasi warna yang menarik. Kombinasi warna tersebut juga tidak
melebihi tiga warna. Warna langit yang kebiruan serta pokok yang kehijauan
menjadikan gambar ini menjadi menarik dengan pemandangannya. Warna
bangunan-bangunan juga menjadikan gambar lebih cantik. Gambar ini jelas
memfokuskan kepada warna langit, pokok serta bangunan.
Elemen: Warna
Tema: Kehidupan
Rujukan: Sendiri
Huraian: Elemen yang
paling menonjol di gambar di atas ialah elemen warna. Foto tersebut menunjukkan
seorang lelaki berbaju biru sedang mengecat pagar berwarna putih dan biru muda.
Terdapat juga warna awan kebiruan dan pokok yang berwarna hijau. Foto ini
mempunyai lebih daripada tiga warna dan menjadikannya menarik dan menyerlah
dengan warna yang cerah seperti yang dipaparkan dalam gambar tersebut.
Elemen: Warna
Tema: Pakaian Tradisional
Rujukan: Sendiri
Huraian: Foto diatas
menunjukkan seorang gadis berbaju kurung. Latar belakang yang berwarna agak
usang sesuai dengan baju yang digunakan. Baju jurung yang berwarna hijau dapat
menimbulkan subjek (gadis) tersebut. Warna tudung yang digunakan juga
menonjolkan lagi warna dalam gambar tersebut kerana warna yang digunakan ialah
warna hijau gelap.
Comments
Post a Comment