BBM3410-2021-MINGGU 3- BAHAN ASAS GRAFIK
1)
BUNTING ATAU BANNER
Bunting merupakan salah satu bahan asas grafik. Bunting dengan banner merupakan dua benda yang berbeza dari segi cirinya. Bunting berbentuk menegak. Umumnya, bunting lebih murah mengikut harga pasaran kerana bunting dicetak dan dipasang dengan banyak. Terdapat pelbagai saiz bunting yang berada di pasaran. Antaranya ialah bersaiz (2 kali × 5 kaki), (2 kaki × 6 kaki), (3 kaki × 3 kaki). Bunting terdiri daripada dua jenis yang berlainan iaitu X-stand atau T-stand. X-stand atau lebih dikenali dengan spider stand kerana stand yang sesuai untuk bunting berbentuk huruf X. Hal ini kerana, di setiap penjuru bunting diletakkan ring untuk dimasukkan kepada X-stand. Manakala, bahagian atas dan bawah T-stand pula diletakkan batang paip untuk dipasangkan kepada T-stand.
Berbeza dengan bunting, banner berbentuk melintang. Hal ini kerana, banner lebih besar saiznya dan lebih mahal berbanding bunting. Banner ditempatkan di dua tempat yang berbeza berdasarkan promosi yang dilakukan oleh syarikat atau organisasi. Saiz banner kebiasaanya bersaiz seperti (12 kaki × 4 kaki), (15 kaki × 4 kaki), (10 kaki × 5 kaki), (20 kaki × 4 kaki). Untuk banner yang berkesan, pastikan penggunaan warna adalah bersesuaian. Tidak terlalu taksub dengan penggunaan banyak warna kerana banner atau bunting sukar untuk dibaca. Pastikan perkataan pada banner atau bunting lebih menonjol berbanding latak belakang banner berkenaan.
2) PAMPHLET
Kredit
sepatu Nike
Pamphlet biasanya terdiri daripada tajuk, gambar dan maklumat mengenai kasut. Senarai sebegini memudahkan pembaca untuk mengetahui tentang jenis kasut yang dihasilkan oleh Niskala Shoes. Kandungan yang sering tersenarai dalam pamphlet ialah kelebihan, ciri-ciri, warna dan harga. Ini membolehkan pengguna mengetahui dengan lebih jelas akan kasut sukan tersebut. Tambahan pula, pamphlet yang bersaiz kecil dapat dihasilkan dalam kuantiti yang banyak. Pamphlet biasanya dihasilkan dan dicetak pada kedua-dua halaman dan ini dapat membantu menjimatkan kos perbelanjaan pengedar kerana pamphlet boleh dicetak pada kertas berulang kali. Kini, penggunaan pamphlet semakin meluas dalam bidang perniagaan, pelancongan dan sebagainya dengan tujuan promosi.
3) POSTER
Kami menggunakan tema “Niskala Adventure” kerana kasut ini sesuai dugunakan untuk aktiviti lasak. Warna merah dan maroon pada latar belakang poster dipilih untuk menonjolkan produk yang ingin dijual atau dipromosi. Meskipun warna putih dipilih untuk mewakili kasut ini tetapi pengguna tidak perlu risau kerana fabrik yang digunakan mudah dicuci dan dikeringkan. Tagline “ Be Simple, Be Confident” menunjukkan rekaan kasut yang ringkas dan selesa dipakai.
4)
GAMBAR/FOTO
Gambar
merupakan salah satu bahan asas grafik. Gambar juga digunakan bertujuan untuk
menyampaikan sesuatu iklan. Kebiasaannya gambar ini kita boleh lihat
ditampalkan pada dinding kedai-kedai tertentu bertujuan untuk mempromosikan
jenama sesuatu produk. Pada gambar di atas ialah gambar yang direka untuk
mempromosikan sebuah kasut sukan berjenama “Niskala”. Pada gambar tersebut kita
dapat lihat reka bentuk kasut yang sangat menarik dan ringkas. Ianya sangat
sesuai untuk aktiviti sukan atau aktiviti lasak. Pada gambar tersebut juga, kita
dapat melihat ciri-ciri kasut sukan berjenama “Niskala” seperti bouncy soles, breathable dan untangled shoe
lace. Dengan adanya ciri-ciri kasut yang dinyatakan ia dapat menarik minat
pembeli untuk membeli kasut sukan ini. Latar belakang warna yang digunakan pada
gambar tersebut juga sangat ringkas dan elegan. Ianya tidak terlalu padat
dengan kombinasi warna yang banyak.
5. BILLBOARD
Billboard
merupakan salah satu daripada bahan untuk asas grafik, ianya dikenali juga
sebagai papan iklan. Kebiasaannya
billboard dipasang dengan menggunakan saiz yang besar untuk mempromosikan
sesuatu jenama produk.
Di
gambar atas, ruang tengah-tengah billboard telah diletakkan grafik kasut untuk
menunjukkan produk yang akan dipromosikan kepada orang ramai. Manakala di ruang
bahagian atas billboard telah diletakkan perkataan “Niskala” dan “New Arrival” kedua-dua tulisan tersebut
digunakan untuk menunjukkan adanya pengeluaran baru kasut sukan daripada jenama
tersebut. Di kanan dan kiri grafik kasut pula terdapat perkataan “be simple” dan “be confident” ianya diletakkan untuk memberi gambaran ciri-ciri
kasut tersebut apabila telah dipakai. Seseorang itu akan kelihatan ringkas dan
yakin apabila menggayakannya. Di bahagian ruang bawah billboard pula diletakkan
tulisan “Trendy and Sporty” ianya
menunjukkan produk yang akan dipromosikan itu merupakan keluaran terkini dan
pengguna yang menggunakannya akan kelihatan bergaya. Di bahagian ruang kanan
bawah billboard telah diletakkan logo jenama produk tersebut ianya untuk memudahkan
pengguna mengetahui dan mengenal pasti jenama produk yang mengeluarkannya. Akhir sekali, warna putih dan hitam di dalam
billboard tersebut digunakan untuk menggambarkan bahawa produk yang dikeluarkan
itu adalah ringkas dan elegan. Ianya akan dapat menarik perhatian pembaca yang
melihatnya.
6)
VIDEO
Cara pengiklanan melalui video digunakan untuk
menonjolkan lagi ciri yang ada pada kasut tersebut seperti keselesaan, warna
yang menarik dan rekaan yang bergaya. Pengiklanan melalui video didapati lebih
efektif untuk menarik perhatian pengguna dan untuk mempromosikan sesuatu
produk.
Comments
Post a Comment