BBM3410-2021-MINGGU 3-CELIK BAHASA ISYARAT

CELIK BAHASA ISYARAT


              https://www.youtube.com/watch?v=-h5hlplln24


               Kredit: Dewan Bahasa dan Pustaka               


Berdasarkan video yang berdurasi satu jam lebih ini, Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim telah banyak berkongsi ilmu tentang bahasa isyarat. Dalam ucapannya, beliau terdetik untuk mempelajari bahasa isyarat ini kerana sifat ingin tahu. Bagi beliau, umur bukanlah penghalang seseorang untuk mencuba sesuatu yang baharu. Beliau mempelajari bahasa isyarat melalui aplikasi media sosial iaitu "Twitter", dan apa yang membuatkan saya begitu kagum dengan beliau adalah kerana beliau hanya mempelajari bahasa istimewa ini hanya dalam masa 2 bulan sahaja. Bukan itu sahaja, beliau juga berani mengambil tindakan dengan menggunakan bahasa isyarat tersebut dengan anaknya, di depan khalayak ramai untuk mendapatkan respons dari orang awam apabila melihat cara orang kelainan upaya ini berkomunikasi. Beliau juga berkongsi ilmu ini antara ahli keluarga agar mereka turut mempelajari bahasa istimewa ini.


 






Comments

Popular posts from this blog

BBM3410-2021-MINGGU 3- BAHAN ASAS GRAFIK

BBM3410-2021-MINGGU4 5-NOTA FLATLAY